Kisah Kami

Permualaan Segalanya

Cinta Kaabah bermula pada tahun 2009 di GM Klang Wholesale City, diasaskan oleh seorang bekas guru dengan niat yang ringkas: menyediakan pakaian solat dan kelengkapan ibadah yang benar-benar boleh digunakan, bukan sekadar cantik di rak.

Pada waktu itu, kami bukan syarikat besar. Tiada pejabat, tiada sistem canggih, dan modal pun terhad. Hampir semua urusan dibuat sendiri seperti mencari pembekal, mengurus stok, membungkus pesanan, dan menjawab pertanyaan pelanggan.

Banyak perkara dipelajari melalui kesilapan. Ada stok lambat sampai, kualiti tidak konsisten, dan pesanan tersalah hantar. Semua itu adalah realiti awal yang membentuk cara kami bekerja hari ini.

Suasana Kedai 2009-2022
Suasana Kedai 2023.
Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran 2023

Belajar Dari Kesilapan

Tahun-tahun awal penuh dengan percubaan dan kesilapan. Kami sedar bahawa dalam perniagaan berkaitan ibadah, pelanggan bukan sekadar membeli produk, tetapi mempercayai kami untuk keperluan solat, umrah, dan haji mereka.

Jika produk tidak selesa, tidak tahan, atau tidak praktikal, merekalah yang menanggung kesannya. Dari situ, kami mula lebih tegas dalam memilih pembekal, memeriksa kualiti, dan menyusun operasi supaya lebih teratur.

Setiap kesilapan dijadikan pengajaran, bukan alasan.

Sambutan Hari Raya 2024 - GM Klang.
Rekreasi & Dinner Kakitangan 2024 - Royale Chulan Kuala Lumpur.
Perolehan Tekstil & Pembekal - Zhejiang, China.

Memahami Keperluan Pelanggan

Melalui ribuan perbualan dengan pelanggan, kami belajar bahawa kebanyakan mereka tidak mencari yang terpaling murah. Mereka mahukan produk yang selesa dipakai lama, tidak panas, tahan digunakan, mudah dibawa, dan sesuai untuk kegunaan harian serta ibadah di Tanah Suci - seterusnya baru soal harga.

Setiap maklum balas, sama ada pujian atau teguran, kami ambil serius. Aduan tentang kain, zip, jahitan, atau rekaan digunakan untuk memperbaiki produk dari semasa ke semasa. Kami bawa aduan-aduan pelanggan terus kepada bahagian jahitan untuk kami terus ambil langkah penambahbaikan.

Suasana Kedai 2024.
Majlis Berbuka Puasa 2024 - Damai Steamboat, Sijangkang.
Majlis Doa Selamat & Kesyukuran 2024.

Cara Kami Berniaga

Kami tidak membina Cinta Kaabah dengan slogan kosong atau janji manis. Cara kami mudah sahaja.

Kami hanya menjual produk yang kami sendiri sanggup guna. Kami memberi maklumat yang jujur tentang keadaan barang, kami tidak menyembunyikan kekurangan, kami tetapkan harga yang munasabah, dan kami bertanggungjawab apabila berlaku masalah.

Bagi kami, kepercayaan tidak datang daripada kata-kata, tetapi daripada kualiti produk yang konsisten.

Kem Mutawif Integrasi.
Jamuan Hari Lahir 2025
Ubahsuai Kedai 2025 - Penambahan Premis.

Cabaran dan Realiti Perniagaan

Berniaga tidak selalu berjalan lancar. Ada masa jualan perlahan, kos meningkat, pesaing menjual lebih murah, dan kehendak pelanggan semakin tinggi.

Tidak semua keputusan kami berjaya. Ada yang menjadi, ada yang gagal. Namun setiap kegagalan membantu kami membuat keputusan yang lebih baik pada masa hadapan.

Edaran Pek Makanan 2026.
Perolehan Tekstil & Pembekal - Dhaka, Bangladesh.
Sesi Penyerahan Kenderaan Kakitangan

Operasi Hari Ini

Hari ini, Cinta Kaabah masih beroperasi di GM Klang Wholesale City dan melayani pelanggan dari seluruh Malaysia termasuk individu, peniaga runcit, pemborong, agensi umrah, surau, masjid, dan institusi pendidikan dan kerajaan.

Kami menyediakan telekung, pakaian solat, dan kelengkapan perjalanan ibadah. Operasi kami kini lebih tersusun dengan sistem pengurusan stok, pesanan, dan khidmat pelanggan yang lebih stabil berbanding dahulu.

Walaupun belum sempurna, kami terus berusaha memperbaikinya.

Terima Kasih

Sejak 2009, perjalanan ini tidak mungkin sampai ke tahap hari ini tanpa sokongan pelanggan. Setiap pembelian, cadangan, dan kepercayaan yang diberikan sangat kami hargai.

Terima kasih kerana memilih Cinta Kaabah, sama ada untuk satu pembelian kecil atau kerjasama jangka panjang.

Jika anda mempunyai sebarang aduan, cadangan, atau maklum balas, sila hubungi kami melalui pautan di bawah. Kami sentiasa bersedia mendengar.